Wednesday, January 13, 2010

Awanis & Mukhtar




'Bagai Dalam Syurga'- Walaupun setelah empat tahun berlalu (jun 2006), namun kenangan terindah itu tetap masih segar dalam ingatan. Majlis pernikahan yang berlansung di rumah Awanis di seksyen 8, shah alam mendapat sentuhan sepenuhnya dari team SyahrirNurdin. Bukan hanya mereka pakaian, pelamin, bilik tidur dan hantaran juga hasil sentuhan SyahrirNurdin. Bagai dewi dari kayangan, si gadis manis ini setia menunggu di sebalik tirai untuk di sunting oleh jejaka idaman. -semoga kekal bahagia hingga akhir nafas.

Emmi Fazlina & Nasir


'Cerita cinta yang simple dan comel'-tidak susah untuk berkerjasama dengan pasangan ini,kerana keduanya memberi keperyaan penuh sepanjang proses membuat pakaian nikah dan resepsi mereka. Segalanya diserahkan kepada SyahrirNurdin untuk merealisasikan impian pakaian perkahwinan mereka. Lace warna ivory disuntik dengan perincian manik dari tona pink mencetuskan satu keunikan dalam gabungan warna ini dan hasilnya amat romantis mengasyikan pandangan....