Friday, November 27, 2009

Rayhan Yasmin & Chaon


'Merpati dua sejoli'- Yasmin memakai lace potongan kebaya labuh warna putih gading, kainnya pula potongan duyung dari jenis doublesatin dikemaskankan dengan tampalan lace di bahagian hujungnya. Satu yang menarik tentang Yasmin adalah stuktur mukanya yang cantik dengan tulang pipi keluar lagak model gayanya (anyway yasmin pernah juga cuba-cuba menyertai dunia modeling). Yasmin yang bertugas sebagai pramugari dengan syarikat penerbangan MAS telah bertemu jodoh dengan Chaoun, seorang engineer di Tenaga Nasional Berhad. Semoga Yasmin dan Choun bahagia selamanya....:)

Hantaran


Hantaran adalah perkara yang bukan wajib tetapi harus ada dalam satu-satu majlis perkahwinan masyarakat melayu. Ia merupakan pemberian seikhlas hati suami kepada isterinya dan kemudian dibalas oleh isteri tanda menghargai pemberian itu. Kebiasaannya jumlah hantaran adalah dalam kiraan ganjil sebagai contoh; pihak lelaki akan memberi 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan atau 9 dulang dari lelaki dan dibalas 11 dulang oleh perempuan. Barang-barang hantaran di era ini selalunya berupa barang-barang kelengkapan peribadi seperti kasut, beg, alat-alat solekan, coklat, buah-buahan, telekung, sejadah dan sebagainya. Ada juga yang memberi telefon bimbit, camera, laptop, kunci keretapun boleh terpulang kepada kemampuan masing-masing. Selain barang-barang, pihak pengantin lelaki juga memberikan sejumlah wang yang di sebut sebagai 'duit hantaran' kepada bakal isterinya sebagai peruntukan untuk mengendalikan majlis perkahwinan. Jumlahnya juga tidak di tetapkan dan ianya bergantung kepada kemampuan lelaki tersebut atau juga atas persetujuan kedua-dua pihak keluarga. Ada juga suara-suara nakal berkata makin tinggi tahap pendidikan perempuan itu maka makin mahal lah nilai wang hantaran. Dato' Siti Nurhaliza menamakan setiap hantarannya mengikut tajuk-tajuk lagu nyanyiannya.Jumlah duit hantarannya pula berdasarkan jumlah juzuk di dalam al-Quran. Juliana Banos pula adalah antara artis yang paling tinggi nilai hantarannya. Berapapun jumlah duit hantaran itu biarlah ianya tidak terlalu membebankan pasangan anda kerana niat yang baik tidak harus di halang-halang kelancarannya...:-)

Thursday, November 26, 2009

Zamarul Hisham & Diana Rafar


Satu pengalaman yang amat berharga bila diberi kepercayaan oleh Diana untuk merealisasikan impian pakaian perkahwinannya. Diana memakai dress berkolar cheongsam dengan bukaan di bahagian dada. Kemasan manik di tabur untuk menyempurnakan lagi rekaan. Walaupun warna grey jarang di praktikan untuk pakaian nikah tetapi bila kena dengan skim warnanya kesannya amat menarik perhatian....

Wednesday, November 25, 2009

Fendi & Rina


Fendi ni sepupu aku, fuh....punyalah segak bergaya bila dia dah pakai macam ni, macam putera raja dalam cerita bangsawan. Rina ni pulak adik kepada kawan Fendi, mereka kenal atas recomendationla ni (baik punya coutim). Sama cantik sama padan, bagai cincin dengan permata.Baju yang mereka pakai ni memang di buat khas untu pasanagan pengantin ni. Materiala daripada songket warna krim berbenag emas. Gambar ni di ambil (selepas majlis bertandang belah lelaki) sekitar kawasan tasik di Petaling Jaya, alah tasik yang sebelah federal highway tu...boleh tahancantik juga view kat tasik tu, kira berbalaoi-baloila shoot kat situ, walaupun penat keliling satu tasik.