Friday, November 27, 2009

Hantaran


Hantaran adalah perkara yang bukan wajib tetapi harus ada dalam satu-satu majlis perkahwinan masyarakat melayu. Ia merupakan pemberian seikhlas hati suami kepada isterinya dan kemudian dibalas oleh isteri tanda menghargai pemberian itu. Kebiasaannya jumlah hantaran adalah dalam kiraan ganjil sebagai contoh; pihak lelaki akan memberi 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan atau 9 dulang dari lelaki dan dibalas 11 dulang oleh perempuan. Barang-barang hantaran di era ini selalunya berupa barang-barang kelengkapan peribadi seperti kasut, beg, alat-alat solekan, coklat, buah-buahan, telekung, sejadah dan sebagainya. Ada juga yang memberi telefon bimbit, camera, laptop, kunci keretapun boleh terpulang kepada kemampuan masing-masing. Selain barang-barang, pihak pengantin lelaki juga memberikan sejumlah wang yang di sebut sebagai 'duit hantaran' kepada bakal isterinya sebagai peruntukan untuk mengendalikan majlis perkahwinan. Jumlahnya juga tidak di tetapkan dan ianya bergantung kepada kemampuan lelaki tersebut atau juga atas persetujuan kedua-dua pihak keluarga. Ada juga suara-suara nakal berkata makin tinggi tahap pendidikan perempuan itu maka makin mahal lah nilai wang hantaran. Dato' Siti Nurhaliza menamakan setiap hantarannya mengikut tajuk-tajuk lagu nyanyiannya.Jumlah duit hantarannya pula berdasarkan jumlah juzuk di dalam al-Quran. Juliana Banos pula adalah antara artis yang paling tinggi nilai hantarannya. Berapapun jumlah duit hantaran itu biarlah ianya tidak terlalu membebankan pasangan anda kerana niat yang baik tidak harus di halang-halang kelancarannya...:-)

No comments:

Post a Comment